25 Jan 2017

Assalamualaikum,
Lama betul tak jenguk blog! Bukan setakat bersawang tapi dah semak-samun,langsung tak nampak bayang! Allahuakbar (malu kat diri sendiri)

Azam tahun ni nak istiqomah, in sha Allah. I bukan saja nak share pasal Shaklee macam sebelum ni tapi lebih kepada info2 & review utk info kawan2 e.g. tempat bercuti, tempat makan dsbnya.

Alhamdulillah late few months I dah start semula dengan TART UNIK YUMNI (#tartunikyumni) aka SEXY TART (#sexytart). Setakat ni masih mampu lagi memenuhi permintaan peminat2 tegar (kebanyakannya yg pernah cuba & tahu "kepakaran" I yg tak seberapa membuat tart nenas yg kononnya sangat viral tu! ) 

Apa-apa pun, I doakan semua azam kalian terlaksana, dipermudahkan segala urusan,diberi kesihatan yg baik. In sha Allah, Aamiinn YRA.


Vivix Shaklee - Tonik Ajaib




 

Assalamualaikum w.b.t
Asalnya malam ni saya nak siapkan fail Bazooka sy. Bila dah pilih2 bahan dr Incik Gugel sangat ralit tengok macam2 testimoni & info berkaitan Vivix. Jadinya,saya nak share dulu pasal Vivix dulu utk malam ni sementara otak tgh agak2 tepu dgn info Vivix ni (konon2nya..) hahahhahahahaha
Baiklah..saya mulakan dulu dgn kandungan hebat Vivix ni: 

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi




Antara kelebihan dan khasiat Vivix:
1- Menggalakkan penuaan yg sihat
2-  membantu mengurangkan kanser
3- Mengurangkan risiko penyakit jantung
4- Mengurangkan komplikasi penyakit jantung
5- Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi
6- Membantu mengurangkan risiko nyanyuk
7- Menggalakkan kehilangan berat badan
8- Meningkatkan sistem imun
9- Menyokong kesihatan mata
10 - Menyokong kesihatan menyeluruh

Saya sertakan beberapa testimoni Vivix;







Credit to: Incik Gugel

Sejujurnya bahan2 yg menghasilkan terdiri daripada bahan2 yg sanagt2 bermutu tinggi. Sebotol Vivix hanya berharga RM 475.00 jika nak dibandingkan dengan sebiji anggur muscadine yang digunakan mencecah RM 100.00 untuk sebiji!!! Tambahan pula sebotol Vivix mampu bertahan untuk dua bulan.


Boleh hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa Vivix: 
Konsultan kesihatan anda: Linda 016-282 9497






Belut Oh Belut !!!

Haaa...kenal tak apa ni?? Saya jamin,anak2 zaman millenium sekarang mesti dah tak kenal dan tak pernah langsung tengok belut ni. Dulu masa kami kecik2,mak selalu bagi kami makan belut ni sebab nak bagi luka kudis cepat kering dan cepat baik. Biasalah..kecik2,main permainan macam2 bukan macam sekarang ni. Kaki tangan habis kudis2.  
Belut atau Monopterus albus diakui banyak memiliki manfaat untuk kesihatan manusia. Ia  juga merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mengapa jangka hayat warga Jepun antara tertinggi di dunia. Ha, kalau nak tahu apakah khasiat yang ada pada belut ini, jom baca..
Khasiat belut
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Secara keseluruhan, dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak, di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, calories belut sawah berkhasiat tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan dan Selenium.
Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapai pada seekor belut yang beratnya hanya 204 gram saja. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
Bagi pengidap buah pinggangbelut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Jika kerap memakan belutia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.
Credit to: http://www.karangkraf.com/lelaki-dan-automotif/khasiat-belut-terbaik-1.223160
Takpe kalau tengok belut pon tak lalu...sebab korang boleh gantikan khasiat2 daripada belut ni dengan supplemen Shaklee. 
Pakar kesihatan anda: Linda 016-282 9497

Pantang bersalin dengan Shaklee




Set bersalin Shaklee: 
1- Vitalea: Multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting.Membantu dlm mengekalkan kesihatan yg baik.Membantu dlm pembentukan sel2 darah merah. 
2- B Complex: 8jenis vitamin B bagi membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kpd tenaga.Mengelakkan stress sewaktu berpantang
3- Vita-C: Membantu dlm menyalurkan vitamin c berterusan.Membantu dlm menyokong tulang, gigi dan gusi yg sihat.Mengukuhkan sistem imun, anti-oksidan semulajadi
4- Zinc: Menggalakkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
5- Esp: Meningkatkan tenaga, memekatkan susu badan
6- Omega guard: Mengandungi DHA


Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.

VitaLea (Multivitamin)

Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

Vitamin C
Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.

Zinc Complex

Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan vitamin C dan Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.

ESP – Susu Soya Protein

ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.

Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.

Kesimpulannya Set Bersalin Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.


Menu dalam pantang:
Saya kongsikan sedikit panduan menyediakan menu untuk ibu yang berpantang. 

Kredit to: http://wanitaislamkini.blogspot.com/2013/09/resepi-dan-menu-ibu-semasa-berpantang.html

1.PERIA MASAK ASAM

Bahan-bahan:

200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.

Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.
Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.


2.AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:
 
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


3.SUP AYAM

Bahan-bahan:
 
250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
 
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan. 
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.


4.SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

air asam jawa
lada hitam
halia

Cara menyediakan: 

Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak.

5.PERIA LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.

### tambahan ikan haruan goreng/bakar

6.AYAM LADA HITAM 

Bahan-bahan:

3 ketul ayam
1 labu bawag putih..hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk
minyak untuk tumis

Cara menyediakan:

Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas

7.DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
menyembuhkan luka dalaman.






































Krim Ajaib Herbal Blend

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak share testimoni Herbal blend yg digunakan oleh mak saya. Alkisahnya mak saya ni ada mengidap kencing manis so luka2 beliau tu agak lambat la nak sembuh. Sejak sedar kewujudan Herbal blend ni, saya pon belikan untuk mak cuba. Alhamdulillah,luka2 mak cepat sembuh, cepat kering dan cepat kecut. Malahan tak berjangkit atau "membiak" seperti pengidap kencing manis yg lain.





Inilah dia krim Herbal blend tu. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chectnut, yarrow dan rosemary. 

Fungsinya antara lain ialah melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. selain tu, ni fungsi lain Herbal Blend;

  • Mengatasi alahan kulit (eczema)
  • Mengecutkan jerawat
  • Menghilangkan parut2 ringan seperti kesan garu pada kulit
  • Melegakan kegatalan 


Teksturnya nyaman, bermentol dan tidak melekit.






The other side of me


Assalamualaikum..
Rasanya dah lama betul tak berblogging. Kesibukan yg melampau. Eh betul ke?? Sebetulnya ialah time managament yg salah!! Ditambah pula gangguan komunikasi yang cemburu sy nak berblogging. 
Kali ni saya nak share salah satu minat saya dengan anda iaitu JELLY BUNNY.





Pernah dengar Jelly Bunny? Apa yg terlintas difikiran korang?? Sebut Bunny mesti terbayangkan arnab yang comel,betul tak? Ye betul..dorang gunakan arnab yg comel sebagai ikon/maskot produk dorang ni. Produknya sangat selesa,harga pon munasabah dan banyak design2 yg menarik dan cantik. Sayangnya..produk2 dorang ni khusus untuk wanita je sebab tu la kaler2 yg digunakan girly2,sweet2,comel2..

Saya membayangkan andainya adik baby ni nanti yg kuar baby girl,awal2 saya dah berangan nak pakai sedondon nanti. hahahahahaha..aminnnnn

Di lain entry saya akan ceritakan minat yg lain pula ye. Jumpa lagi di lain entry,please take care. Assalamualiakum w.b.t.  
  


Projek PLUS+

Assalamualaikum..saya pernah menulis di Facebook untuk melancarkan Projek PLUS+ ni di awal bulan November. 
Saya akan menceritakan bagaimana "kaedah"nya projek yg saya sibuk nak buat ni. Macam ni..kesemua customer saya yg mengamalkan supplemen Shaklee dengan rela hati memperkenalkan produk yg sangat hebat ni kepada orang lain tanpa dipaksa-paksa atau disuruh-suruh. Jadi,sebagai penghargaan,saya nak menghadiahkan hadiah misteri untuk kalian yg memperkenalkan produk Shaklee kepada orang lain sebagai ganjaran diatas jasa baik anda itu.
Bagi yg terlibat dalam projek ni saya mengucapkan ribuan malah jutaan syukur dan terima kasih yg tak terhingga nilainya. 
Untuk maklumat lanjut tentang projek ni boleh sms/whatsapp saya 016-282 9497.